ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Perhatian Kepada semua pelajar,
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh akhir untuk pendaftaran Kolej Kediaman bagi sesi Disember 2009/2010 adalah pada 5hb Januari, 2010 (Selasa) dan pendaftaran yang dilakukan selepas pada tarikh tersebut akan dikenakan denda.
Sekian harap maklum.
TARIKH AKHIR PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN SESI 2009/2010
Posted by Kolej Kediaman D UDM Labels: Portal PelajarSLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KURSUS KOKURIKULUM SEMESTER I 2009/10
Posted by Kolej Kediaman D UDM Labels: Portal Pelajar
Perhatian kepada semua pelajar kursus kokurikulum Semester I 2009/10 yang lepas,
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Kokurikulum telah membuka kaunter aduan
berkaitan kesilapan kod kursus serta ketiadaan keputusan kursus kokurikulum Semester I 2009/10 yang lepas.
Sila kemukakan masalah tersebut ke Pusat Kokurikulum dengan SEGERA sebelum
AHAD 3 JANUARI 2010. Sebarang aduan selepas tarikh berkenaan tidak akan diterima.
Sila bawa segala dokumen yang berkaitan bagi menyokong aduan anda.
Harap maklum.
Penolong Pendaftar
Pusat Kokurikulum, HEPA
SEMUA URUSAN DI KAUNTER BERKAITAN BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR AKAN DIHENTIKAN UNTUK SEMENTARA WAKTU BERMULA 3 JAN 2010 HINGGA 5 JAN 2010 DISEBABKAN PENUTUPAN AKAUN SEMESTER 1 SESI 2009/2010.
HARAP MAKLUM.
_________________________________
BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR
JABATAN BENDAHARI
UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA
Perhatian kepada pelajar berkenaan,
Dimaklumkan
bahawa kepada para pelajar program pengajian ISM Sains Bioteknologi Pertanian, ISM Produksi dan Kesihatan Haiwan, ISM Rekabentuk Perindustrian, ISM Bahasa Inggeris, ISM Usuluddin dengan Kaunseling semester 2 pada semester II sesi
2009/2010 yang mendapat pinjaman PTPTN dan mempunyai masalah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan diminta supaya hadir sendiri ke Kaunter
Akademik, BPA di Bangunan Pentadbiran, UDM Kampus KUSZA untuk urusan selanjutnya.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Darul Iman Malaysia