Pendaftaran Kursus Semester II Sesi 2009/2010

Perhatian kepada semua pelajar,

Dimaklumkan bahawa pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester II sesi 2009/2010 akan dibuka pada 24/12/2009 (Khamis) mulai 2.00 petang (tertakluk pada sebarang pindaan). Semua pelajar (termasuk yang sedang menjalani Latihan Industri / Praktikal) dikehendaki membuat pendaftaran tersebut.

Sebarang permasalahan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Akademik(BPA) di talian 6653027/3029/3030 atau hadir sendiri ke Kaunter Akademik, BPA di Bangunan Pentadbiran, UDM Kampus KUSZA.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.


Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Darul Iman Malaysia

PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN SESI 2009/2010

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Perhatian Kepada semua pelajar,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pendaftaran Kolej Kediaman bagi sesi 2009/2010 akan dibuka pada 26hb Disember 2009 (Sabtu) pada jam 8.30 pagi-5.00 petang. Pelajar diingatkan supaya membawa bersama kad matrik untuk urusan pendaftaran.

Sekian, harap maklum

KURSUS ELEKTIF YANG DITAWARKAN PADA SEMESTER 2 SESI 2009/2010

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

KEPADA SEMUA PELAJAR UDM,

BERIKUT ADALAH SENARAI KURSUS-KURSUS ELEKTIF YANG DITAWARKAN PADA SEMESTER II SESI 2009/2010(SILA RUJUK MENU MUAT TURUN). UNTUK MAKLUMAN, KOD KURSUS ELEKTIF YANG TERTERA DI DALAM JADUAL PERKULIAHAN HANYA MENGGUNAKAN KOD-KOD RINGKAS SEPERTI ELK_DIP/ELK_SM4/ELK_SM6/ELK_FUHA DI ATAS SEBAB TEKNIKAL. PELAJAR YANG BERHASRAT UNTUK MENDAFTAR KURSUS ELEKTIF HENDAKLAH MERUJUK KEPADA JADUAL YANG TERSEBUT

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
UDM
20/12/2009

JADUAL PERKULIAHAN DAN DERAF JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEM 2 09/10

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,

KEPADA SEMUA PELAJAR UDM YANG DIHORMATI.

JADUAL PERKULIAHAN DAN DERAF JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEM 2 09/10 TELAHPUN DIEDARKAN KE SEMUA FAKULTI. TUAN/PUAN/SAUDARA/SAUDARI BOLEH MENYEMAK DI PAPAN KENYATAAN FAKULTI ATAU MEMUAT TURUN JADUAL TERSEBUT MELALUI PORTAL PELAJAR MULAI TARIKH MAKLUMAN INI.

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
UDM
20/12/2009

For New Students : Pengaktifan Akaun Bank Islam (BIMB)

Kepada semua pelajar UDM yang masih belum mengaktifkan akaun Bank Islam
Malaysia Berhad (BIMB):

Pihak UDM dengan kerjasama BIMB telah pun membuka akaun setiap pelajar UDM
di BIMB (terutama bagi pelajar-pelajar semester 1)

Oleh itu pelajar yang belum mengaktifkan akaun BIMB, sila ke Kaunter BIMB
(di mana-mana cawangan BIMB berdekatan) dengan membawa :

1) Wang sebanyak RM 20.00
2) Dua (2) salinan Kad Pengenalan (untuk Kad ATM)

Ini kerana semua urusan bayaran balik atau bayaran penajaan adalah melalui
Akaun BIMB.

Sekian, terima kasih.

-------------------------
Penolong Bendahari
Bahagian Kewangan Pelajar
Universiti Darul Iman Malaysia

Bayar Yuran sebelum 20 Dis 2009

PERHATIAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG MASIH BELUM MENJELASKAN YURAN PENGAJIAN

Sila jelaskan bayaran yuran sebelum 20 Disember 2009 untuk membolehkan
keputusan peperiksaan dipaparkan di Portal Pelajar UDM.

Bayaran yuran boleh dibuat di Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad dengan
menggunakan Slip Pembayaran Bil untuk dikreditkan ke dalam Akaun Yuran :
13017010081964 atau membayar di Mesin ATM melalui Menu Yuran IPTA.

Kegagalan menjelaskan tunggakan hutang akan menyebabkan penahanan Slip
Keputusan Peperiksaan.

Sekian, harap maklum.

Rosa Faizura bt Hashim
Penolong Bendahari
Bahagian Kewangan Pelajar
Jabatan Bendahari

Program Solat Hajat dan Muhasabah Diri SempenaPeperiksaan









SENARAI NAMA PELAJAR KOKURIKULUM SEMESTER JULAI 2009

Perhatian kepada semua pelajar kokurikulum,

Sila semak senarai nama dan pecahan kelas saudara/i di papan kenyataan Pusat Kokurikulum di bangunan HEPA. Jika ada sebarang kemusyikilan, sila buat aduan/pertanyaan di pejabat Pusat Kokurikulum sebelum 18 Julai 2009.

Kelas pertama bermula pada 11 Julai 2009 (Sabtu) jam 8.30 pagi di tapak pesta konvo UDM (berhadapan pos pengawal utama). Kehadiran adalah WAJIB.

Harap maklum.

Ketua Pusat Kokurikulum
UDM


Sumber: Portal Pelajar

KEMUDAHAN BAGI PENGGUNA PORTAL YANG TERLUPA KATA LALUAN

Assalamualaikum,

Kepada semua pelajar, bagi kemudahan saudara/i, jika terlupa kata laluan di masa akan datang, pihak kami telah menyediakan satu kaedah untuk memudahkan anda mendapatkan kata laluan baru secara automatik terus ke email masing-masing. Untuk menggunakan kemudahan ini, SILA CLICK DI SINI dan MASUKKAN ALAMAT EMAIL ANDA pada borang tersebut. Kemudahan ini tidak akan berfungsi jika tiada maklumat email ada dimasukkan.

Sekian.


Unit Inovasi Sistem
Pusat Teknologi Makumat

Sumber: Portal Pelajar

PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI JULAI 2009/2010


 Salam,

Perhatian kepada semua mahasiswa/siswi lama UDM

Pendafaran Kolej Kediaman bagi sesi Julai 2009/2010 akan mula dibuka sebagaimana berikut:-

  Tarikh : 4-5hb Julai 2009
  Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang


Semua pelajar bolehlah membuat pendaftaran Kolej Kediaman di Perkarangan Pejabat Kolej Kediaman Baru.

Sekian, Harap Maklum

Pengurus Asrama
UDM 

sumber : Portal Pelajar UDM



Di copy paste dari blog FPB

Tuanku Nur Zahirah dimasyhur Canselor UDM 13 Julai

KUALA TERENGGANU 28 Jun - Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan dimasyhurkan sebagai Canselor pertama Universiti Darul Iman (UDM) dalam satu istiadat di universiti itu pada 13 Julai ini.

Naib Canselor UDM, Profesor Datuk Dr. Alias Daud berkata, Tuanku Nur Zahirah telah menyatakan perkenan baginda untuk pelantikan tersebut dan persetujuan berangkat ke istiadat pemasyhuran itu.

"Pemasyhuran itu akan dibuat semasa majlis konvokesyen pertama UDM pada 14 hingga 16 Julai ini," katanya semasa majlis pendaftaran pelajar baru sesi 2009/2010 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kampus Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) di Gong Badak di sini hari ini.

Sementara itu, Alias berkata, persiapan untuk mengadakan majlis konvokesyen pertama universiti itu siap sepenuhnya.

Katanya, sebanyak 3,284 pelajar yang menamatkan pengajian mereka sejak pertengahan 2007 akan menyertai majlis konvokesyen itu.

"Pihak universiti telah bekerja keras untuk menjayakan majlis ini sejak lapan bulan lalu," katanya.

Mengulas kelewatan penganjuran konvokesyen, Alias berkata, ia disebabkan pihaknya terpaksa menyediakan peralatan baru.

Mengenai pendaftaran pelajar baru, beliau berkata, UDM menawarkan tempat kepada 2,020 pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.

Katanya, daripada angka tersebut, sebanyak 1,020 pelajar akan mendaftar untuk program pengajian Ijazah Sarjana Muda manakala 1,000 bagi program pengajian Diploma.

Pada sesi 2009/2010, UDM menawarkan 18 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan 22 program di peringkat pengajian Diploma.

Selain itu, UDM juga menawarkan tiga pengajian baru iaitu Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan, Ijazah Sarjana Muda Dietetik dan Ijazah Sarjana Muda Produksi & Kesihatan Haiwan.

Sementara itu, 30 pelajar dijangka mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan dan Ijazah Sarjana Muda Dietetik di samping 40 pelajar bagi Ijazah Sarjana Muda Produksi & Kesihatan Haiwan.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang Minggu Mesra Siswa seperti Program Bersama Tokoh dan Program Cintailah Pantai Kita.


sumber : Utusan Malaysia. Klik di sini



Di copy paste dari blog FPB

Jadual Bas Terkini untuk semua penghuni UDM

Assalamualaikum wbt...

JADUAL TERBARU PERKHIDMATAN BAS UDM SEMPENA BUKA SEM BARU (JULAI)


KEPADA SEMUA MAHASISWA/I UDM, BAS AKAN DISEDIAKAN DARI MBKT KE KAMPUS KUSZA SEPERTI BERIKUT:

3 HINGGA 5 JULAI 2009
- SESI PAGI: 4.00 HINGGA 8.00 PAGI
- SESI PETANG: 4.00 HINGGA 8.00 MALAM


sumber: blog MPP UDM

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

Assalamualaikum w.b.t

SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA
buat adik-adik, kakak-kakak, abang-abang yang baru menjejakkan kaki ke menara gading penuh cabaran.

Alahai...comel2 belaka student yang baru masuk... Geram, nak cubit2 je... Hehehe

Program akan datang KKD adalah family day dan ekspedisi panjat gunung. Dalam perancangan macam tu lah, kite hanye mampu merancang dan berusaha. Jadi ke tak, tak tahu lagi...

Apepun, pihak KKD akan berusaha demi penghuni-penghuni tercinta... Insyaallah..

Selamat Bercuti!!!

Assalamualaikum w.b.t



Wah...cuti sakan betul mahasiswa dan mahasiswi kita. Semoga cuti dimanfaatkan...

Isikan masa dengan sebaik-baiknya ya!

Banyak program waktu cuti ni...mahasiswa perlu bijak mencari aktiviti. Contohnya Sekretariat Rakan Muda akan adakan Wawasan Desa. Anda perlu mengaktifkan diri anda bukan pihak universiti.

Okey, jangan bazirkan masa anda di waktu cuti dengan menonton tv saja... bagi wanita, belajar la masak. Ini tidak, dari kecik sampai la besar, asyik ibu je yang masak. Anda seorang perepuan kena ade insiatif sendiri ke dapur. Tengok-tengok mak masak, kemudian tolong kupas bawang, tumbuk, etc... lama-lama pandai la masak. Pandai masak bukan pandai mase tu juge. Kene by step juga macam akademik. Bukan bermakna belajar law satu hari dah pandai semua kan? Dari dok saje kat umah, baek blaja masak.

Untuk lelaki pula, jangan menambahkan jumlah mat rempit di jalanan.
Jangan menambahkan jumlah tangkapan OPS kat black area.
Jangan juga menambahkan jumlah kemalangan jalan raya ea....

LIHATLAH PEMBAHARUAN KAMI !!

Assalamualaikum wrt wbt...

Kini, Kolej Kediaman D juga telah membuka blog !

Terima kasih kepada penghuni-penghuni yang brilliant yang mencadangkan blog KKD ditubuhkan. Terima kasih Encik Muzaffar yang banyak membantu dalam usaha menaikkan semangat mahasiswa menjadi aktif dengan adanya program-program yang diadakan oleh KKD.

Tahniah kepada jawatankuasa Kolej Kediaman D kerana Projek Aku Terima Nikahnya telah berjaya mendapat dua ratus lebih peserta!!!

Copyright © 2009 - Kolej Kediaman D, UDM - is proudly powered by Miss Michi
Universiti Darul Iman Malaysia - Portal Pelajar UDM - Majlis Perwakilan Pelajar UDM - Perpustakaan Al-Muktafi Billah Shah